Followers

Friday, September 16, 2011

BERKENALAN DENGAN UDANG KARA (BAKARA) / LOBSTER AIR TAWAR

• Rupa bentuk serupa dengan udang bakara / lobster laut.

• Bezanya ia mudah di pelihara.

• Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang yang menutup kepala udang tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.

• Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.

• Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang

• Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.

• Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.

• Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.

• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.

• Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.

• Enam pasang kaki berperanan ketika renang.

• Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.

• Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.

• Empat pasang kaki untuk berjalan.

• Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.

• Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.

• Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.

  • 1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.

• Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.

• Udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.

• 1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75 gram hingga 250 gram.

• Lobster merupakan hidangan eksotik, rendah kolesterol dan tinggi protein

Xpedisi Membintur Udang Kara (Bakara) / Lobster Air Tawar Brunei

  • Pembintur: Sulaiman 6GSM & Wasli
  • Peralatan: 1. bintur 2. Umpan (Isi kelapa tua & ikan masin)...isi ayam juga boleh digunakan & efektif.
  • Memakan masa 2 hari. Hari pertama melabuh bintur, hari kedua membangkit.
  • Perjalanan ke sungai / lubuk udang bakara mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki merentas hutan.
  • Lokasi: Dirahsiakan sebagai langkah-langkah keselamatan udang bakara supaya tidak 'extinct'.

















TOPO NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TOPO NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP