• Rupa bentuk serupa dengan udang bakara / lobster laut.
• Bezanya ia mudah di pelihara.
• Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang yang menutup kepala udang tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.
• Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.
• Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang
• Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.
• Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.
• Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.
• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
• Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.
• Enam pasang kaki berperanan ketika renang.
• Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.
• Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.
• Empat pasang kaki untuk berjalan.
• Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.
• Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.
• Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.
- 1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.
• Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.
• Udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.
• 1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75 gram hingga 250 gram.
• Lobster merupakan hidangan eksotik, rendah kolesterol dan tinggi protein